Wednesday, February 2, 2011

muqaddimah buku bidayatul hidayah yg amat menarik~


sudah lama x jenguk blog,, huhu.. rasa nk tulis sesuatu jgk cuti raya cina nie..
takpe la wlaopn sket, kira ok la dpt tulis jgk.. :)

ambe ingin kongsi muqadimmah buku bidayatul hidayah,, walaopn muqadimah ttp amat mantap isi yg ingin di smpaikan oleh pengarang buku ni. Bidayatul Hidayah dikarang oleh al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a.


walaopn ambe dop taw byk pasal pngarang ni, tp leh la share skit2 yg taw pasal beliau. tu pn dengar tme dengar kuliah2 maghrb.. :)

hebatnya al hujjatul al imam ghazali r.a ni, even beliau ni hidup hanya dlm lingkungan 55 tahun tp beliau telah hasilkn byk2 kitab.. klo kite lihat kitab2 yg di hasilkan olehnya dop seseuai dengan tahun beliau hidup. sgt byk kitab2 nya..

pada awlnya imam ghazali ni adalah ulama feqah yg tersohor, ttp dia telah beralih kepada ulama' tasawuf selepas kejadian darah haid.

rasanya rmai org tahu pasal cter ni, pada suatu hari,, imam al ghazali solat menjadi imam. apabila dia selesai solat, adiknya (klo x silap) telah menegur dia selepas selesai sahaja solat. dia memberitahu kepada imam al ghazali bahawa dia nmpk darah pada imam al ghazali. adakah engkau ingat tentang msalah haid pada waktu solat? imam ghazali memg memikirkan msalah haid pda solat td. dan apabila dia merenung renung, dia mengambil keputusan untuk menjadi ahli tasawuf. dan kita bleh lihat byk jgak kitab2 tasawuf yg telah di hasilkn olehnya termasuk buku bidayatul hidayah ini.

satu kisah yg sy ingin bawakan tentang al imam ghazali, di mana pada suatu hari beliau ingin ke bandar. dalam perjalanan dia lalu di sebuah madrasah dan mendengar guru mengajar ank muridnya dgn menceritakan dan memuji pasal imam al ghazali. dia mengambil keputusan ntk tidak pergi ke bandar tersebut kerana takut akn permahsyuran beliau. begitu hebat sifat imam al ghazali di mana tkut akn permahsyuran bimbang akn riak dan ujub.

sekarang nk citer skit apa yg di katakan oleh imam al ghazali dlm kitab bidayatul hidayah..


Kata imam al-ghazali: "Di dalam kitab ini saya akan sebutkan 'Bidayatul Hidayah' permulaan jalan menuju hidayah supaya engkau cuba mengamalkan pada dirimu dan supaya engkau dapat menguji hatimu.Seandainya engkau dapati hatimu cenderung kepadanya dan nafsumu mahu mengikut arahannya dan dia dapat memberi perhatian sewajarnya,maka nanti engkau akan sampai kepada "nihayatul hidayah" hingga engkau mampu mengharungi lautan ilmu yang luas itu.Tetapi jikalau engkau mendapati hatimu tidak memberi perhatian kepadanya dan nafsumu suka berlambat-lambat dalam melaksanakan perintahnya maka ketahuilah bahawa kecenderunganmu dalam menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintah syaitan yang terkutuk yang mahu menipu engkau dengan bermacam-macam tipu helahnya.Sehingga engkau terjerumus ke dalam jurang kecelakaan.

Dalam muqaddimah kitab Bidayatul Hidayah, Imam Al-Ghazali ada juga menyebut:

"Sesungguhnya engkau jika menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertanding kehebatan, bermegah-megah, mendahului rakan-rakan (dalam ilmu), mendapatkan perhatian atau pandangan manusia kepada engkau, atau mengumpul harta dunia, maka sesungguhnya engkau sedang menuju kepada meruntuhkan agama engkau, membinasakan diri sendiri, dan menjual akhiratmu dengan dunia, maka tentu sekali ia suatu urusniaga yang merugikan dan perniagaan yang binasa. Malah guru engkau sendiri yang membantu dalam kemaksiatan engkau serta bersekutu dengan engkau dalam kerugian engkau. Dia seperti seorang penjual senjata kepada penyamun jalanan. Bersesuaian dengan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Sesiapa yang membantu kemaksiatan walau dengan separuh kalimah, maka ia termasuk bersekutu dalam kemaksiatan itu."

Seterusnya Imam Al-Ghazali menyebut pula ganjaran bagi mereka yang mempunyai niat yang betul dalam mencari ilmu dengan kata-katanya:

"Dan jika niat dan tujuanmu antaramu dengan Allah dalam mencari ilmu, adalah untuk mencapai hidayah, bukan semata-mata bermegah dengan riwayat, maka bergembiralah, kerana sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya ketika kamu berjalan, dan hidupan di laut mendoakan keampunan bagimu dalam setiap langkahmu."

apa yg dapat konklusi dari petikan muqadimmah bidayatul hidayah adalah, cari ilmu jangan sesekali kerana inginkn kemegahan, kemewahan mahupun pangkat kerana smua itu hanyalah membawa kecelakaan kepada kita semua.


"amalan kita tidak mampu untuk menampung kita ke syurga dengan kadar nikmat Allah kurniakan kepada KITA semua, tetapi ia tidak bermakna kita x perlu beramal utk msuk ke syurga. dengan amalanlah ALLAH memberi RAHMAT kepada KITA"


"SENTIASALAH MEMINTA RAHMAT DARI ALLAH KERANA RAHMAT ALLAH MEMBAWA KITA KE SYURGA"

Saturday, December 11, 2010

la hawla wala dapat tenangkan jiwa~

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.

Berkata Abdullah bin Masoud r.a, pernah seketika beliau bersama Rasulullah s.a.w. dan dia mengucapkan La Hawla Wala Quwwata Illa Billah. “Baginda s.a.w. bertanya:”Apakah kamu mengetahui maksudnya?”, “Aku menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui”


Baginda s.a.w. menerangkan maksudnya:“Ia bermakna tidak ada sesiapa yang mempunyai daya keupayaan untuk memelihara dirinya daripada menderhakai Allah melainkan dengan pertolongan dan perlindungan dari Allah, dan tidak ada sesiapapun mempunyai daya keupayaan untuk mentaati dan beribadat kepada Allah tanpa bantuan dan petunjuk daripada Allah.

Tidak ada daya keupayaan untuk mengelak daripada menderhakai Allah melainkan dengan perlindungan dan pertolongan Allah dan tidak ada daya keupayaan untuk mentaati dan menyembah Allah melainkan dengan pertolongan dan petunjuk daipada-Nya, dan tidak ada tempat perteduhan yang selamat daripada kemurkaan Allah melainkan Allah”

Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Kerana itu ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku ingat pula kepadamu.”
(Surah Al-Baqarah : 152)

Dan diterangkan pula di dalam hadis yang bermaksud :
“Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingati
pula di dalam hati-Ku.”

Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya : “Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari Neraka Jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api Neraka Jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan daripada api Neraka Jahanam”.

Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki Syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi s.a.w. telah mengulangkannya sebanyak tiga kali)

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki adalah bersumberkan dari Allah s.w.t. Oleh itu hendaklah kita selalu menghubungkan hati dengan Allah s.w.t. dengan kita berzikir, dalam semua keadaan, baik dalam keadaan senang maupun susah. Perhubungan yang kuat dengan Allah s.w.t. akan membuat jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah diganggu gugat oleh sesiapa pun, apabila hati sentiasa mengingati Allah maka syaitan laknatullah tidak akan dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita.

Akhirkata, marilah sama-sama kita amalkan segala perkara-perkara yang boleh mendatangkan ketenangan jiwa seperti di atas, supaya kita sentiasa tenang dan bahagia menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat kita pengharapkan rahmat Allah untuk meletakkan diri kita dikalangan oenag-orang yang berjaya dan bahagia.

Monday, November 22, 2010

terharu~


sudah lama aq x sembang ngn ust ki (abe) pas cuti semester.. aq amat rapat ngn dia.. td aq sembang ngn dia, then dia bg nasihat kt aq.. aq cerita la sal aq yg bru terjadi nie...

yg terharu nye sempat ag dia post ni kt wall aq :

kiut molek muke..frust nunggeng ke tu din?hahaha....wahai wanita

...kenapa kamu bersikap kejam kepada insan bernama wandin?

ni lagu khas buat wandin..sile nyanyi dengan penuh seman

gat ye kawan2..kite beri beliau sokongan...dan dokongan...yeyeh

tidak wandin pinta lahir kedunia
bukan wandin minta sedih begini
bukan minta kasih dan manja
bukan wandin minta....rayu simpati....

maafkanlah wandin wahai teman....wandin menumpang di sudut dunia
mencari ketenangan
sampai masa wandin pergi jua





aq tbe2 rasa sedih n rindu nk jmpe ust ki..
huhuhu..
time chat uh byk dia nasihat kt aq,, wt kelakar..
sje je xnk bg aq sedih2..

thanks ust ki (abe) coz slalu nasihat aq.. ^_^

"kadangkala Allah buka pintu hati untk membuat kebaikan, tetapi kebaikan itu x d terima oleh Allah" [selalulah memohon rahmat dari ALLAH"

Sunday, November 21, 2010

sad. [jangan terbang terlalu tinggi]

jangan terbang terlalu tinggi, satu ayat yg ak dpat.. thanks to akak zitra.. :D
mgkn kali ini Allah ingin menyedarkan diri aq ini, tapi mengapa semua ini berlaku pada diri ku.

bukan kali pertama, sudah beberapa kali berlaku padaku [lebih dr 1 kali].. Allah nk tnjuk kt aq bahawa aq x boleh n x lyak lagi..

-[thanks to Allah because wake up me from "bingung"]- ehheeh..

aq kena yakin dengan ayat ini :

.:: sesunguhnya sesuatu perkara tidak akn berlku jika Allah tidak mengizinkanya, dan ia akan berlaku jika Allah mengizinkannya::.

-'yakinlah wahai hati ku bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya'-


jom dgar lagu nie,, best jgk.. ahhahaha





"sentiasalah memohon rahmat dari Allah"

inikah SAHABAT??

aq tdak tahu kenapa?? dlete aq dr friend dia?? wahh,, benci sgt kt aq.. ape aq buat kt dia.. ermmm...

[klo ye pn, xyah la nk dlete]
jangan lah mengajar seseorang utk membenci..

*aq lebih rela di benci manusia dr di benci oleh Allah"

"kadangkala Allah membuka pintu hati untk membuat kebaikan, ttp kebaikan yg kte lakukan tidk di terima Allah kerana pntu rahmat x d buka" ---> SENTIASALAH BERDOA MEMOHON RAHMAT DARI ALLAH

Saturday, October 2, 2010

terpaksa delete~

aq terpaksa delete post aq sblm nie.. TQ.. :D

Saturday, July 24, 2010

pekERja atau hAmBa???

kITA SEORANG hamba bukan pekerja!!!

Assamualaikum, bersyukur kita kerana dapat lagi kita menghirup udara Allah taala.. alHamdulillah!!

aQ TERASA INGIN CORETKAN SEDIKIT PERBEZAAN MENGENAI HAMBA DAN PEKERJA.. CUBA KITA PERHATIKAN DIRI KITA SENDIRI, KITA SEMUA NIE HAMBA ATAU PEKERJA allah TAALA..

sANGAT BERBEZA DEFINISI MENGENAI HAMBA DAN PEKERJA..

PEKERJA: Sedikit Aq Faham Tntg Definisi Pekerja, Kalo Pekerja Nie Kita Bekerja Untuk Sesiapa, Klo Kerja Ni Ade Had Waktu... Sebagai Contohnya Kalo Kita Bekerja Dengan Kerajaan. Pagi2 Kita Akan Masuk Kerja Dan Punch Card Dan Apabila Habis Je Waktu Kerja Kita Akn Punch Card Untk Balik.. Semasa Waktu Bekerja Tu, Kita X Xtaw Samada Buat Kerja Atau Tidak.. Buat Kerja Je Apabila Ade Majikan, Tu Klo Pekerja Yg X Bertanggungjawab. Klo Kerja Ni Tme Kerja Je Buat Kerja, Then Balik Kerja Uh Kita Xde Da Kaitan Dengan Majikan Kita.. Tu Lah Rutin Kita Tiap2 Hari, Bangun2 Pagi Pikir Nk Cari Duit Nk Cari Makan..

HAMBA: Amat Berbeza Hamba Dengan Pekerja.. Hamba Nie Setiap Yang Kita Lakukan Tiada Had Masa,, Bila2 Je Kita Bekerja..

kESIMPULAN

cUBA KITA LIHAT, KITA NI PEKERJA KE HAMBA ALLAh?? ramai sekarang bukan hamba Allah tp pekerja ALLAH.. kita semestinya ta’abud dan zikrullah setiap waktu kepada Allah kerana kita ni HAMBA ALLAH.. tiap2 waktu kita lintaskn dlm hati kita tentang Allah..

KITA SEMUA NI HAMBA BUKAN PEKERJA ALLAH TAALA!!

"Allah meneggakan yang HAQ dan Dialah penunjuk jalan yg BENAR"